20111122

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2012



PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 2012
KAFA Taman Alamanda , Senawang
Kini dibuka hingga hujung Januari 2012

Untuk pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :
Ustazah Siti Nawani 012-9433839 , 019-3465659
Ustazah Fatimah 019-8540300

Alamat :
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , N.Sembilan
Laman web http://kafa-alamanda.blogspot.com/

KEISTIMEWAAN KAFA (Kelas Al Quran dan Fardu Ain)
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah

20101115

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2011

HARI PENDAFTARAN KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG
KEMASUKAN TAHUN 2011

Tarikh : 1 dan 2 Januari 2011 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pg – 11.30 pg , 12.30 tgh – 5.30 ptg

Maklumat lanjut hubungi
Ustazah Siti Nawani 012-9433839
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , N.Sembilan
Laman web http://kafa-alamanda.blogspot.com/

KEISTIMEWAAN
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah

20100414

Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia


KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Stadium Melawati Shah Alam.

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : http://www.lifeline4gaza.org/ & http://www.vivapalestinamapim.blogspot.com/

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi menuju ke Shah Alam.

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !

20100329

Kerjasama masyarakat hapus denggi















Sinar Harian 28 Mac 2010

SENAWANG – Setiap masyarakat memainkan peranan dan perlu bekerjasama membanteras wabak denggi daripada menular di negeri ini.

Penolong Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Dr Mustafa Bakri berkata, wabak denggi memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak.


Menurutnya, usaha mengekang wabak itu dapat dilakukan melalui langkah pencegahan bersama.

“Masalah denggi ini tidak akan hilang dan apabila sampai waktunya akan menjadi wabak lebih besar sekiranya kita tidak bersama memainkan peranan.

“Wabak ini tidak ada ubat untuk menghapuskannya, melainkan cara pengawalan dan penjagaan dilakukan,” katanya pada majlis perasmian Kempen Anti Denggi dan Pelancaran Sukarelawan Combi Taman Alamanda.

Program itu anjuran bersama pelbagai pihak, Taman Alamanda, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Kelas al-Quran Fardu Ain Taman Alamanda, Hospital Pakar Seremban dan sebagainya.

Menurutnya, masih terdapat segelintir masyarakat tidak memandang serius berhubung isu denggi.

Menurutnya, terdapat penduduk tidak membenarkan jabatan membuat semburan asap di rumah mereka sekalipun hasrat jabatan mahu membantu masyarakat mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak terbabit.

Sementara itu, menurutnya, terdapat rumah kosong yang dibiarkan dalam tempoh lama turut mengundang kepada masalah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita perlu main peranan terutama dalam soal menjaga kebersihan di kawasan rumah masing-masing dan memastikan tiada bekas yang boleh dijadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7244274.asp

20091120

EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan 13 Dis 09

EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Hari : Ahad 13 Disember 2009
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari

Mana nak hantar anak tadika ? Sekolah rendah ? Lepas UPSR ? Lepas PMR ? Lepas SPM ?

OBJEKTIF EXPO
- Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi
- Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan
- Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini
- Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan

Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.

Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com

Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum Sabtu 5 Disember 2009.

Anjuran : Surau Taman Alamanda

PENDAFTARAN PENYERTAAN
Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke rozmal@yahoo.com atau poskan ke :

Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9
Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda
Peti Surat Surau Alamanda
Jalan 1, Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan

Nama Institusi :
Alamat penuh :
No tel :
No fax :
E-mel :
Laman web :
Nama untuk dihubungi :
Jawatan :
No tel :

Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang

20090805

AHLI JAWATANKUASA SURAU DAN TAMAN ALAMANDA

AHLI JAWATANKUASA SURAU DAN TAMAN ALAMANDA
SESI 2009 – 2010

Pengerusi – Ustaz Khairuzzaman bin Mohd Yusof
Timbalan Pengerusi – Shamsuddin bin Yahya
Setiausaha – Rozmal bin Malakan
Bendahari – Mohd Nazri bin Hashim
Ketua Biro Helwa – Faridah bt Yahaya

AJK
Azali bin Hassan
Hashim
Izwan Affendy
Mahdzar bin Abd Manap
Tuan Yahaya bin Tuan Mahmud
Muhammad Zakiri bin Ismail
Ghazali bin Alias
Wan Adnan bin Wan Yaakub
Omar bin Hamid
Hishammudin bin Mohd Repalie
Rahim bin Hassan



___________________________________

AHLI JAWATANKUASA HELWA

Ketua - Faridah bt Yahaya

AJK
Norsazila bt Ariffin
Zuraini bt Abdul Ghani
Joanna bt Yunus
Raja Siti Noor bt Raja Ali
Zarimah bt Abu Zarin
Fadilah bt Ibrahim
Ruhaibah bt Hassan


Berkuatkuasa 1 Ogos 2009

20090507

Jom Boikot 7 Eleven , sayangkan bangsa


Atas dasar sayangkan bangsa Melayu yang beragama Islam , saya menyeru kepada semua yang prihatin agar kita memboikot 7 Eleven selagi mereka menjual arak seperti yang dilakukan oleh penduduk Taman Melati , Kuala Lumpur.

Buatlah sepanduk, sebarkanlah risalah untuk memberi kesedaran kepada umat Islam terutama mereka yang ada anak-anak yang meningkat dewasa.

Kisah penduduk Taman Melati boikot 7 Eleven pada pautan berikut http://dppwp.wordpress.com/2006/05/22/penduduk-bantah-7-eleven-jual-arak/

Sayangilah generasi pewaris kita. Boikot 7 Eleven kerana Allah. Demi Agama , Bangsa dan Negara.

20081104

Kuiz Menarik Pelajar KAFA N.Sembilan

Kuiz menarik untuk Pelajar KAFA sempena cuti sekolah hujung tahun 2008 dan pembukaan sekolah tahun 2009.

HADIAH MENARIK. PENYERTAAN PERCUMA


KUIZ PELAJAR KAFA TAMAN ALAMANDA
Kuiz ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda

KUIZ
1. Kuiz ini terbahagi kepada dua kategori
2. Kategori Pertama ialah untuk pelajar KAFA Taman Alamanda tahun 2008
3. Kategori Kedua ialah untuk pelajar KAFA Taman Alamanda yang mendaftar untuk tahu 2009

HADIAH SETIAP KATEGORI
1. Tempat Pertama – Set Alat Tulis bernilai RM 50
2. Tempat Kedua – Set Alat Tulis bernilai RM 30
3. Tempat Ketiga – Set Alat Tulis bernilai RM 20

TARIKH TUTUP
1. 15 Dis 2008 untuk Kategori Pertama
2. 15 Feb 2009 untuk Kategori Kedua

SYARAT PENYERTAAN
1. Kategori Pertama untuk Pelajar KAFA Alamanda tahun 2008 yang telah menjelaskan semua yuran
2. Kategori Kedua untuk Pelajar KAFA Alamanda tahun 2009 yang telah menjelaskan semua yuran semasa pendaftaran
3. Keputusan pengadil kuiz adalah muktamad

BORANG PENYERTAAN
1. Tiada borang penyertaan khusus
2. Gunakan kertas A4 yang kosong. Tuliskan Nama Pelajar , Tarikh Lahir , Alamat Lengkap , No Tel , Kelas KAFA ( Tahun 1 , 2 , 3 , 4 atau 5 ) dan Kategori ( 2008 atau 2009 ) serta Jawapan Kuiz
3. Hantarkan ke :
KUIZ KAFA ALAMANDA
Peti Surat Surau
Surau Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan


SOALAN KUIZ

1. Siapakah nama Guru Besar KAFA Taman Alamanda ?
2. Siapakah nama Pengerusi KAFA Taman Alamanda ?
3. Siapakah nama Pengerusi Surau dan Taman Alamanda ?
4. Apakah alamat laman web Blog Masjid Bandar Baru Senawang ?
5. Apakah nombor telefon Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan ?
6. Apakah nombor telefon Balai Polis Bandar Baru Senawang ?
7. Nyatakan 3 warna tong kitar semula dan untuk apa ?
8. Lengkapkan ayat berikut tidak lebih dari 20 patah perkataan :
“ Saya suka belajar di KAFA Alamanda kerana …….”

20081101

Pendaftaran Pelajar KAFA Taman Alamanda 2009

HARI PENDAFTARAN KAFA TAMAN ALAMANDA , SENAWANG
KEMASUKAN TAHUN 2009

30 & 31 Dis 2008 ( Selasa & Rabu ) , 5 – 9 Jan 2009 ( Isnin – Jumaat )
8:30 pg – 10 pg ( Pendaftaran Pelajar Tahun 2 & 3 )
2:30 – 5 ptg ( Pendaftaran Pelajar Tahun 1 hingga 5 )

Satu kelas terhad 30 pelajar sahaja

Maklumat lanjut hubungi :
Ustazah Siti Nawani 012-9433839 , Ustazah Zaidah 013-6440554
KAFA Alamanda
No 3A/4A & 4B , Jalan 1 , Taman Alamanda , 70450 Senawang , NS

KEISTIMEWAAN
* Terbuka kepada pelajar Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 5
* Kelas selesa 30 pelajar satu kelas
* Buku Teks dan Aktiviti Percuma
* Pengajian Al Quran , Fardhu Ain , Tauhid , Feqah , Tajwid , Akhlak , Sirah
* Kelas Sesi Pagi 8:30 pg – 11 pg ( Isnin , Selasa dan Khamis )
* Kelas Sesi Petang 2:30 ptg – 5 ptg ( Isnin , Selasa dan Khamis )
* Hari Jumaat Kelas Al-Quran ( Sesi Pagi 8:30 pg – 10 pg , Sesi Petang 3 ptg – 4:30 ptg )
* Pakaian Seragam Sekolah atau SARA , bersongkok untuk pelajar lelaki
* Baju Kurung Sekolah atau SARA , bertudung untuk pelajar perempuan

YURAN
Yuran Pendaftaran RM 10
Yuran Ihtifal RM 10
Yuran Peperiksaan RM 20
Buku Tulis RM 4 ( RM 0.80 x 5 )
Yuran Tahunan RM 165
Buku Rekod Pencapaian RM 8 ( Untuk pelajar baru )
Yuran Peperiksaan UPKK RM 5 ( Untuk pelajar Tahun 5 )
Buku Fokus UPKK RM 15 ( Untuk pelajar Tahun 5 )

Tiada Yuran Bulanan
Yuran Tahunan boleh dibayar tiga kali ( Jan RM 55 , Mac RM 55 , Jun RM 55 )

20080106

Kelas KAFA Alamanda bermula 14 Januari

Assalamualaikum,

Harap maaf kerana terdapat kesilapan tarikh mula kelas KAFA sebelum ini.
Kelas KAFA Taman Alamanda sessi pagi dan petang untuk pelajar Darjah 1 hingga Darjah 5 akan bermula pada hari Isnin 14 Januari 2008.

Pendaftaran masih lagi terbuka pada hari tersebut.

Alhamdulillah setakat ini 115 orang pelajar telah mendaftar.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Guru Besar Ustazah Siti Nawani 012-9433839

20071121

MENARIK DI KAFA ALAMANDA

* KELAS SELESA (30 ORANG SATU KELAS)
* TERBUKA KEPADA PELAJAR SEKOLAH RENDAH TAHUN/DARJAH 1, 2, 3, 4 DAN 5
* BUKU TEKS DAN AKTIVITI PERCUMA
* PENGAJIAN - AL QURAN, FARDHU AIN, TAUHID, FEQAH, TAJWID, AKHLAK, SIRAH
* SESI PAGI - 8:30 – 11 PAGI – ISNIN, SELASA, KHAMIS, JUMAAT
* SESI PETANG – 2:30 – 5 PTG - ISNIN, SELASA, KHAMIS , 3 – 5 PTG JUMAAT
* PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH/SARA BERSONGKOK UNTUK PELAJAR LELAKI, BAJU KURUNG SEKOLAH/SARA DAN BERTUDUNG UNTUK PELAJAR PEREMPUAN
* YURAN RM 15 SEBULAN ( 11 BULAN , JAN - NOV) ATAU RM 16.50 SEBULAN ( 10 BULAN , JAN – OKT ) ATAU RM 175 (SETAHUN SEKALI GUS)
* RM 10 (BUKU REKOD & KERTAS PEPERIKSAAN)
* TIADA YURAN PENDAFTARAN
* AKTIVITI LAIN – LAWATAN SAMBIL BELAJAR, HARI ANUGERAH (IHTIFAL), SOLAT JEMAAH DLL

20071120

Peta ke Taman Alamanda

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ

HARI PENDAFTARAN KAFA ALAMANDA

Ahad 16 Dis 8:30 pagi – 11 pagi , 2:30 ptg – 5 ptg. Mereka yang daftar awal akan diberi keutamaan. Boleh juga mendaftar sepanjang tahun 2008. Kelas bermula Selasa 2 Jan 2008

Pendaftaran KAFA 2008

Pendaftaran KAFA Taman Alamanda , Senawang sessi 2008 kini dibuka. Kelas pagi atau petang. Yuran cuma RM 15 sebulan. Kelas selesa. Keutamaan yang daftar awal. Hubungi Us Shukri 019-6115462 (Guru Besar)