20081104

Kuiz Menarik Pelajar KAFA N.Sembilan

Kuiz menarik untuk Pelajar KAFA sempena cuti sekolah hujung tahun 2008 dan pembukaan sekolah tahun 2009.

HADIAH MENARIK. PENYERTAAN PERCUMA


KUIZ PELAJAR KAFA TAMAN ALAMANDA
Kuiz ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda

KUIZ
1. Kuiz ini terbahagi kepada dua kategori
2. Kategori Pertama ialah untuk pelajar KAFA Taman Alamanda tahun 2008
3. Kategori Kedua ialah untuk pelajar KAFA Taman Alamanda yang mendaftar untuk tahu 2009

HADIAH SETIAP KATEGORI
1. Tempat Pertama – Set Alat Tulis bernilai RM 50
2. Tempat Kedua – Set Alat Tulis bernilai RM 30
3. Tempat Ketiga – Set Alat Tulis bernilai RM 20

TARIKH TUTUP
1. 15 Dis 2008 untuk Kategori Pertama
2. 15 Feb 2009 untuk Kategori Kedua

SYARAT PENYERTAAN
1. Kategori Pertama untuk Pelajar KAFA Alamanda tahun 2008 yang telah menjelaskan semua yuran
2. Kategori Kedua untuk Pelajar KAFA Alamanda tahun 2009 yang telah menjelaskan semua yuran semasa pendaftaran
3. Keputusan pengadil kuiz adalah muktamad

BORANG PENYERTAAN
1. Tiada borang penyertaan khusus
2. Gunakan kertas A4 yang kosong. Tuliskan Nama Pelajar , Tarikh Lahir , Alamat Lengkap , No Tel , Kelas KAFA ( Tahun 1 , 2 , 3 , 4 atau 5 ) dan Kategori ( 2008 atau 2009 ) serta Jawapan Kuiz
3. Hantarkan ke :
KUIZ KAFA ALAMANDA
Peti Surat Surau
Surau Taman Alamanda
70450 Senawang
N.Sembilan


SOALAN KUIZ

1. Siapakah nama Guru Besar KAFA Taman Alamanda ?
2. Siapakah nama Pengerusi KAFA Taman Alamanda ?
3. Siapakah nama Pengerusi Surau dan Taman Alamanda ?
4. Apakah alamat laman web Blog Masjid Bandar Baru Senawang ?
5. Apakah nombor telefon Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan ?
6. Apakah nombor telefon Balai Polis Bandar Baru Senawang ?
7. Nyatakan 3 warna tong kitar semula dan untuk apa ?
8. Lengkapkan ayat berikut tidak lebih dari 20 patah perkataan :
“ Saya suka belajar di KAFA Alamanda kerana …….”

Tiada ulasan: